Monday 8 October 2012

3. Dasar Kualiti JPN


3.1      PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada moto "Selangkah Ke Hadapan (One Step Ahead)" berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
  • Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi
  • Menempatkan guru-guru ke sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru maktab dan universiti dari Kementerian Pelajaran.
  • Semua permohonan pertukaran dalam musim akan diproses mengikut takwim kerja dan permohonan di luar musim akan diuruskan dalam masa satu minggu dari tarikh penerimaan borang
  • Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.
  • Semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan dari tarikh borang diterima
  • Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh borang diterima
  • Memastikan kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlaku kekosongan
  • Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh diterima
  • Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran Memastikan Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.
  • Segala surat aduan dan rayuan kepada dam menerusi Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

0 comments:

Post a Comment