Tuesday, 25 September 2012

Pendahuluan




RUKUN NEGARA


Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.


Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.




Prinsip-prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


  • Niat yang betul
  • Perlakuan yang baik
  • Penggerak ke arah kebaikan
  • Memperkotakan apa yang dikatakan
  • Berdisiplin dan beradab
  • Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi



Etika Profesion Perguruan


  1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
  2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
  3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
  4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
  5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
  6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
  7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
  8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
  9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
  10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
  11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
  12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
  13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
  14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
  15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.
  16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
  17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
  18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
  19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
  20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
  21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
  22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.